send link to app

RT MPKj 2035 app for iPhone and iPad


4.2 ( 2832 ratings )
Business Reference
Developer: Betaworks Sdn Bhd
Free
Current version: 1.0, last update: 4 years ago
First release : 04 Apr 2018
App size: 119.62 Mb

Penyediaan RT MPKj Selangor 2035 (Penggantian) merupakan peringkat ketiga dalam sistem perancangan guna tanah dan fizikal negara seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu selepas Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN).

Penyediaan RT MPKj Selangor 2035 (Penggantian) telah melalui beberapa peringkat kajian dan perlu dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan terhadap isi kandungannya [Subseksyen 13(1)]. RT MPKj Selangor 2035 (Penggantian) akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor [Subseksyen 15(1)] dan akan menggantikan semua Rancangan Tempatan terdahulu yang disediakan dalam kawasan MPKj di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.